Friday, January 27, 2012

The Truth is...

Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.
Optophobia: Fobia untuk membuka mata
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.
Chorophobia: Fobia terhadap tarian
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.
Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.
Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut
Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!
Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari
Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.
Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam
Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.
Neophobia: Takut kepada benda-benda baru
Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.
Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara
Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.
Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri
Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.
Geniophobia: Takut kepada dagu
Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.

Wednesday, January 25, 2012

KEGILAAN DIE~

assalamualaikum dan selamat sejahtera!!
Uikk tadikan, masa aku tengah blogwalking tiba-tiba ternampak nama aku dimention dekat blog akak angkat aq~. Apakah??? terkezut aq tgok


"Tips Mencari Jodoh buat Affiq Musa Budak Alor Gajah???"


haha tajuk 2 aq suke la~ mcm nak doa kn aq supaye kawen lebih cepat~ untuk mpengetahuan korang before kawen kite kene la ade kerjaye baru boleh masuk meminang anak dare org~ now aq masih belajar mcm ner la aq bole tanggung ank org heehee… sedutan aq ambil dari die puye bolg

TIPS MENCARI JODOH 
empena cuti hari ini, nak jadi pelabur cinta lah. Nak kongsi tips mencari jodoh buat adik2 blogger yg masih bujang dan masih dalam pencarian seperti Affiq Musa Rasullullah pernah member 4 tips dalam mencari pasangan hidup. 4 tip itulah memilih pasangan berdasarkan 1) Agama 2) Keturunan 3) Harta 4) Rupa. InsyaAllah bahagia rumah tangga dunia dan akhirat.



DAH BACE AMACAM GILER LA DIE NIE HAHAH mentang2 la aq  nie singleMINGLE~~



Tuesday, January 24, 2012

angry birds haram OMGomgOMGomg

Assalamualaikum wahai reader sekalian.Sebelum ini ramai yang mengatakan bahawa permainan game Angry Bird adalah mengutuk Islam kerana bercampur antara benda halal dan haram. Sebab manusia ini jarang untuk menilai sesuatu benda dari segi positif.
Cuba kita ambil yang positif dalam permainan Angry Bird
1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
Yang putih pula?sanggup mengorbankan anaknya!
Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad segala-galanya untuk mencapai satu matlamat
menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya… terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas
“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga…”
(At-Taubah 9:110)
2) Amal Jamaie
Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu
3) Tanzim (organisasi) yang tersusun
Tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu? tidak diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbezasetiap burung mempunyai isti’ab (penguasaan) yang berbeza jadi diorang susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?
sebab Saidina Ali mengatakan
“Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”
4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu? diorang susun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu maka setiap orang yang mempunyai isti’ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya yang reti potong kayu pergi serang kayu yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti’ab jundi (tentera) yang berbeza-beza bagaimanakah kita ingin menyusun strategi
untuk mencapai ustaziyatul alam
eh silap
untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat
5) Taat
Dan sebagai qiyadah perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan
pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas
6) Ukhuwah
Lastly, kena faham bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara
Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang menarik kita ke api neraka
kenapa?
sebab kita menyayangi saudara kita sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat”
(An-Nasr 110:1-3)
CREDIT KEPADA PENULIS ASAL

masa untuk silent mode: Kamus orang putih ye? hahaha!